Al-Kisah di ceritakan dari generasi ke generasi melalui cerita lisan orang-orang tua terdahulu.Di ceritakan pada zaman dahulu pada abad ke19 yakni pada tahun 1817,lebih kurang 195tahun yang lalu,
Kerajaan siam di bawah pemerintahan Raja Ligor telah menyerang Pulau Langkawi & Seluruh Negeri Kedah.Pada masa itu,Kedah,Perlis,Terengganu,Kelantan & Selatan Siam(Pattani,Narattiwat) berada di bawah jajahan takluk Siam.Ketika itu Kedah di perintah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Sultan Ahmad Tajuddin enggan menghantar bunga emas ke Siam,menyebabkan rakyat Negeri Kedah berada dalam keadaan tidak selamat.Siam juga memaksa Kedah bersama-sama menentang Burma,tapi Kedah tidak berbuat demikaian.Bertambah marah Raja Ligor terhadap Sultan Ahmad Tajuddin.Keadaan di Pulau Langkawi tidak begitu aman & tidak stabil kerana sering berlaku peperangan di antara Kedah,Siam,&Burma(Myammar).Oleh demikian atas faktor itu, Panglima Awang telah membawa 2beradik iaitu Mek Tam (adik) & Sabariah (kakak) ke Seberang Prai (Kampung Belah Dua). Pada masa itu Seberang Prai & Pulau Pinang di bawah kekuasaan British.
Mek Tam telah berkahwin dengan Senapi Bin Haji Muhammad dan telah melahirkan generasi terdahulu hingga kini beranak-pinak hingga ke cicit-piut sekarang ini.Sabariah berkahwin dengan Hashim dan menetap di Kampung Belah Dua.Mereka tidak di kurniakan cahaya mata & mereka telah mengambil anak saudara mereka iaitu Ishak Bin Senapi.Selepas Ishak di ganti pula anak-anak Ishak iaitu Aminah(Tok Wa) sehinggalah Aminah berkahwin dengan Abdullah.Sabariah & Hashim mengambil anak Ishak yang kedua iaitu Abdul Rahman( Pak Ngah Dahaman).Dari situlah keluarga ini membesar beranak pinak sampai sekarang.Setakat blog ini di tulis keluarga besar ini telah sampai ke generasi ke-4 seramai 136orang, & generasi ke-5 seramai 20orang.Anak Cucu-Cicit Ishak Bin Senapi telah berjaya melahirkan insan-insan yang berjaya menjadi ahli akedemik,guru,jurutera,peguam, peniaga,tentera,polis,ahli politik,ahli perniagaan,juru ukur bahan,pengaturcaraan komputer,pereka hiasan dalaman,jurufoto & sebagainya.Kesinambungan ini lah akan mewarisi generasi yang akan datang."Air di cincang tidak akan putus" begitulah di ibaratkan keluarga besar ini.
Carian di google search mendapati sebuah sekolah rendah yang telah mengabadikan nama Panglima Awang di sekolah tersebut.Adakah kebetulan @ ada perkaitan dengan salasilah keluarga ini? Seribu pertanyaan bermain di fikiran,nampaknya untuk menyelesaikan persoalan ini wajarlah pihak Seketeriat Ishak Senapi Family turun ke sana untuk mencari jawapannya.
Kerajaan siam di bawah pemerintahan Raja Ligor telah menyerang Pulau Langkawi & Seluruh Negeri Kedah.Pada masa itu,Kedah,Perlis,Terengganu,Kelantan & Selatan Siam(Pattani,Narattiwat) berada di bawah jajahan takluk Siam.Ketika itu Kedah di perintah oleh Sultan Ahmad Tajuddin.Sultan Ahmad Tajuddin enggan menghantar bunga emas ke Siam,menyebabkan rakyat Negeri Kedah berada dalam keadaan tidak selamat.Siam juga memaksa Kedah bersama-sama menentang Burma,tapi Kedah tidak berbuat demikaian.Bertambah marah Raja Ligor terhadap Sultan Ahmad Tajuddin.Keadaan di Pulau Langkawi tidak begitu aman & tidak stabil kerana sering berlaku peperangan di antara Kedah,Siam,&Burma(Myammar).Oleh demikian atas faktor itu, Panglima Awang telah membawa 2beradik iaitu Mek Tam (adik) & Sabariah (kakak) ke Seberang Prai (Kampung Belah Dua). Pada masa itu Seberang Prai & Pulau Pinang di bawah kekuasaan British.
![]() |
Sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang,Kedah yang menggunakan nama Panglima Awang.Adakah berkaitan dengan salasilah keluarga kita? |
Carian di google search mendapati sebuah sekolah rendah yang telah mengabadikan nama Panglima Awang di sekolah tersebut.Adakah kebetulan @ ada perkaitan dengan salasilah keluarga ini? Seribu pertanyaan bermain di fikiran,nampaknya untuk menyelesaikan persoalan ini wajarlah pihak Seketeriat Ishak Senapi Family turun ke sana untuk mencari jawapannya.
0 comments:
Post a Comment