Ketika tahun baru 2012 menjelang tiba,berita amat mengejutkan diterima tatkala dalam hati masing-masing tersemat untuk menanam azam baru & mengenggam azam tahun lepas untuk di sempurnakan pada tahun baru yang amat bermakna ini.
Pada 1Januari 2012 / Ahad yang lalu,Maktok @ Tok Lang telah kembali ke ramatullah.Tok Lang @ nama sebenarnya Rajiah Binti Saad ,meninggal dunia ketika umurnya 72tahun.Pada ketika itu semua anak & cucunya berada di Taman Nilam Baiduri,Kulim,Kedah kerna meraikan Mohd Zulhelmi bin Mohd Zaini,yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR baru-baru ini.Maktok & Tok lang menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.55petang di Kampung Belah Dua,di sisi cucunya Lokman,Tok Ngah Melah TokWan Harun & jiran tetangga yang datang berada di sisinya.Anak cucunya serta keluarga terkejut mendapat khbar berita ini.Beliau mengidap penyakit kencing manis & darah tinggi.Jenazahnya telah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang To'Kandu,Permatang Pauh.Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir melawat jenazah beliau.Seminggu sebelum beliau meninggal dunia(25Disember2011) perjumpaan keluarga Ishak Senapi telah di adakan.Dan itulah kali terakhir beliau bersama-sama keluarga dalam perjumpaan yang di rangka akan diadakan setiap tahun.Semoga rohnya akan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amin..
.
0 comments:
Post a Comment