![]() |
KAMPUNG BELAH DUA |
![]() |
PETA DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH,PULAU PINANG |
Kerajaan British pada masa itu mengambil tanah ini untuk di buat jalan raya.Pampasan juga turut di berikan kepada penduduk kampung yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan jalan raya ini.Tenaga buruh di bawa daripada Negara India.Jalan raya pada masa itu tidaklah secantik sekarang ini,ia hanyalah jalan berbatu dan berkikir.Kenderaan juga tidak banyak pada masa itu,memandangkan ekonomi rakyat tempatan hanyalah ekonomi berbentuk sara diri.
Pekerjaan penduduk kampung pada masa itu ialah bersawah,bercucuk tanam,mengusahakan kebun & menangkap ikan.Dahulunya kampung ini di kelilingi oleh sawah padi yang menghijau & bila musim menuai pokok padi semakin tunduk berisi.Membajak sawah pada waktu itu mengunakan "tenaga empat kerat" & kerbau juga di gunakan untuk aktiviti membajak sawah padi.Begitulah asal-usul Kampung Belah Dua mendapat namanya,namun kampung ini mungkin tidak akan lagi bernafas pada masa akan datang kerana pembangunan telah memaksa kampung ini untuk di teroka & di bangunkan rumah pangsa,rumah teres,kondominum mewah & infrastruktur mengikut kesesuaian pada masa hadapan.Penduduk setempat tidak menghalang kemajuan,tapi biarlah kemajuan berubah mengikut peredaran zaman untuk generasi akan datang.
Dulu saya Ade kenalan bernama fatimah ishak. Same2 keje kilang sony Manela agaknye kak imah skg?
ReplyDeleteKg belah dua (kb2) tempat lahir ku pada tahun 1954, ramai kawan2 dan saudara mara, md zuan (arwah), md talib, amir hamzah, md rodi, md lazim, di tokcik chah (arwah), non musa (arwah) chan pandak im (arwah), chon abg dali, paklang ad, bidi, nan (arwah), md paksu pa (arwah), zul (arwah), hanya tinggal kenangan manis sekarang.
ReplyDeleteDah lama keluar kb2, skrg tinggal d sri petaling
Delete