Lima penjenayah yang telah melarikan diri telah di kesan sebentar tadi pada pukul 12.00tengah hari/10/1/2013 di Kampung Bukit Indera Muda,Penanti,Pulau Pinang.Mereka telah meninggalkan sebuah kereta KANCIL berwarna merah bernombor NAX 5867 yang di percayai di curi.
Mereka di percayai keluar dari tempat persembunyian untuk mencari stok bahan makanan dan cuba meloloskan diri untuk keluar daripada kawasan kepungan.Pihak polis telah mengadakan sekatan jalanraya di kawasan Tasek Gelugor,Kubang Semang & kawasan sekitarnya.Rentetan kes semalam apabila pihak Polis telah menembak mati dua rakan(Joe Mafia & Boy) mereka di Kg Pelet,Penanti.Mereka cuba untuk melarikan diri daripada pihak polis.Polis telah mengiatkan gerakan mencari di kawasan berhampiran dalam lingkungan 10km-30km persegi.Penjenayah ini tidak bersenjata,tetapi boleh bertindak ageresif di luar kawalan apabila berada dalam keadaan terdesak.Penduduk berhampiran di minta memastikan ahli keluarga mereka berada dalam keadan selamat.Pintu & tingkap hendaklah di tutup @ di grill.
Kereta yang ditinggalkan suspek. |
Pemandangan di Kg Bukit Indera Muda,berlatarbelakangankan sawah padi,getah,kelapa sawit & bukit-bukau. |
0 comments:
Post a Comment