-
Rebat RM200 Percuma- //
Rebat Menarik untuk Belia 21Tahun-30Tahun.Daftar Online di Laman Web SKMM.Untuk Keterangan lanjut sila layari ,SKMM. Rebutlah Peluang MENARIK ini! Hubungi SKMM.untuk mendapatkannya [...]
-
Tahun Baru2013,Selamat Berazam Baru!!
Semoga Tahun Baru2013 akan memberi seibu satu kenangan manis. IshakSenapiFamily. Buang yang keruh ambil yang jernihUpdate.... blogspot[...]
-
Perjumpaan keluarga sekali dalam setahun
25Disember Setiap tahun keluarga besar akan berkumpul IshakSenapiFamily.Kampung Belah Dua,Permatang Pauh ENTER. Blog[...]
-
Pakej Perkhwinan Photoillusion Unlimeted Studio
Pelbagai pakej yang di tawarkanIshakSenapiFamily. Untuk keterangan lanjut sila LayariENTER.[...]
Sunday, January 13, 2013
Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam tadi di Bukit Mertajam dekat sini.
Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda.
"Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan
hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar.
Menurutnya, bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian.
"Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu," katanya.Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, seorang

MOHD. SHAHRIMY yang telah di tangkap polis malam tadi
“OKT tersebut mempunyai rekod samun berkumpulan dan samun bersenjata. Dia juga melarikan motosikal jenis Honda EX5 (PKU 3147) milik bapa remaja berkenaan,” katanya.
Menurut Abdul Rahim, polis telah mengarahkan anggota Pasukan Gerakan Am memburu Mohamad Khairul Nizam di kawasan terbabit.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2HmmCBPmx
Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam tadi.
Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam.
"Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya.
"Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas," katanya.
Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh.
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. -
![]() |
MOHD. SHAHRIMY yang telah di tangkap polis malam tadi |
TASEK GELUGOR - Polis hari ini berjaya memberkas dua daripada lima tahanan yang diburu sejak Isnin lepas, setelah mereka meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, Mohamad Farid Akhtar, 24, dan Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, diberkas di dua lokasi berasingan di kawasan Kubang Semang di sini antara jam 9 dan 9.30 malam, hasil risikan dan maklumat awam.
"Susulan penangkapan suspek ini polis yakin dapat menahan tiga lagi rakannya dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring.
Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis.
Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.
Mereka yang masih diburu ialah Hamzani Harun, 37, Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, dan Hisham Abdul Rahman, 39. - Bernama
Sumber;- Bernama & Sinar Harian.
Klik Link di bawah:-
http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tahan-2-daripada-5-tahanan-lolos-1.120458
Klik Link di bawah:-
http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-tahan-2-daripada-5-tahanan-lolos-1.120458
![]() |
Geng Joe Mafia |
Friday, January 11, 2013
Monday, January 7, 2013
Sunday, January 6, 2013
Salam hormat dan salam pembuka bicara.Entry kali ini admin ingin memperkenalkan salah seorang ahli keluarga Ishak Senapi yang begitu mahir dengan kerja-kerja kimpalan besi termasuklah pembuatan grill pintu,tingkap,bumbung,pagar sliding,kerja-kerja kimpalan yang sewaktu dengannya.Bengkel ini telah beroperasi selama 13tahun di kawasan rumah Harun Bin Ishak(PakLang Harun) di 590,Kampung Belah Dua,Permatang Pauh.
Friday, January 4, 2013
![]() |
Pakej Menarik untuk belia |
![]() |
Banyak lagi model lain boleh di pilih. |
Contoh Plan Pasca bayar Celcom |
Samsung,HTC,Sony |
Subscribe to:
Posts (Atom)