Salam hormat & Assalamualaikum..
Lama rasanya tidak update blog ini hampir 5bulan kerna kesibukkan tugas yang membataskan admin untuk menulis di dalam blog ini.Klik Read More untuk BACA-->
Alhamdulilah sekali lagi perjumpaan seperti ini dapat di adakan walaupun pada tahun ini 2012 kita di kejutkan dengan kematian sanak-saudara kita.Tok lang(Rajiah) telah meninggal pada 1 januari2012 yang lalu akibat sakit tua.Pak ngah mazuan menghembuskan nafasnya di rumahnya di Jitra,Kedah akibat serangan jantung.Mohd Hafiz meninggal dunia di Hospital Besar Seremban,Port Dickson akibat kemalangan jalanraya ketika menunggang motosikal untuk ketempat kerja di Kem Si Rusa,Port Dickson.Beliau koma hampir tiga hari & jenazahnya di bawa pulang untuk disemadikan di tanah perkuburan islam Permatang Tok' Kandu,Permatang Pauh.Tok Ngah Melah pula meninggal kerana sakit tua di Hospital Kepala Batas.Juga mengalami kompilikasi koma hampir seminggu.Al-Fatihah buat kaum keluarga kita yang telah meninggal dunia.Semoga Roh mereka akan di cucuri rahmat,Amin.
Matlamat perjumpaan pada kali ini membincangkan isu-isu tertangguh sebelum ini,seperti kadar sewa rumah,isu tapak rumah/tanah,penjualan tanah & isu-isu yang bersangkutan dengannya.Hal-hal ini sering di bawa ke agenda utama mesyuarat.Mesyuarat ini di pengerusikan oleh Saudara Amir Hamzah & Saudara Zalizan.Minit mesyuarat juaga di catit oleh Saudara Mohd Nazar.Mesyuarat ini berlanjutan selama satu setengah jam.Para tetamu yang hadir turut di hidangkan masakan kampung yang pelbagai lauk pauknya bersrta ulam-ulaman & sambal belacan.Amatlah menduka citakan apabila ramai ahli kelurga yang tidak dapat menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini.Penyertaan generasi ke4 hanya sedikit sahaja yang hadir. Kemanakah mereka ini? Hebahan telah di buat di Facebook,Telefon & Mesej(sms).Di harapkan pada tahun akan datang lebih ramai lagi kaum keluarga dapat berhimpun pada masa-masa akan datang.Di sini disertakan beberapa keping gambar yang sempat di ambil. Pihak Jawatankuasa Seketeriat Keluarga Ishak Senapi menjemput kaum keluarga semua untuk menghadiri Majlis Tahlil di rumah Saudara Mohd Zaini Bin Harun di Taman Nilam Baiduri,Kelang Lama,Kulim,Kedah pada 1januari2013,jam8.00malam.Anda boleh hubungi Saudara Mohd Zaini di talian 012-7532590.Selamat menyambut tahun baru 2013!
0 comments:
Post a Comment